SKEMA PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Aspek-aspek
yang dinilai :
Prestasi murid
dalam bidang kokurikulum dinilai berdasarkan aspek-aspek berikut :-
ASPEK PENILAIAN
|
% MARKAH
|
Kehadiran
Jawatan
disandang
Penglibatan
Pencapaian
|
50
10
20
20
|
JUMLAH
|
100
|
Setiap murid sekolah menengah
diwajibkan menganggotai pasukan badan berunitform, persatuan/ kelab serta kelab
sukan dan permainan.dalam hal ini setiap murid memilih salah satu aktiviti yang
terdapat dalam setiap bidang kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian
aktivit adalah berdasarkan:
a) Aktviti
badan berunitform seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu puteri, pengakap, Seni
Bela Diri dan sebagainya.
b) Aktiviti
persatuan/ kelab seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Pecinta Alam, Kelab
Seni Foto dan sebagainya.
c) Aktiviti
kelab sukan dan permainan seperti Kelab olahraga, Kelab renang, Kelab Memanah
dan sebagainya.
Setiap jenis aktiviti yang disertai
oleh murid akan dinilai berdasarkan aspek yang telah dinyatakan dan agihan
markah setiap jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan. Sebagai
contoh, berikut adalah markah aktiviti kokurikulum yang diperolehi oleh pelajar
X:
1.
Aktiviti
pasukan badan berunitform
ASPEK PENILAIAN
|
PRESTASI
|
MARKAH
|
Kehadiran
|
Penuh (18/18)
|
50
|
Jawatan disandang
|
Ahli aktif
|
3
|
Penglibatan
|
Menghadiri Jambori Pengakap Peringkat Negeri
|
14
|
Pencapaian
|
Tempat ketiga Pertandingan Kawad Kaki Peringkat
Negeri
|
12
|
JUMLAH
|
79
|
2. Aktiviti
kelab/ persatuan
ASPEK PENILAIAN
|
PRESTASI
|
MARKAH
|
Kehadiran
|
Penuh (10/12)
|
42
|
Jawatan disandang
|
AJK Persatuan Sejarah
|
5
|
Penglibatan
|
Meneytai Seminar Penulisan Sajak Peringkat Negeri
|
14
|
Pencapaian
|
Naib Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen antara
kelas
|
7
|
JUMLAH
|
68
|
3. Aktivit
sukan permainan
ASPEK PENILAIAN
|
PRESTASI
|
MARKAH
|
Kehadiran
|
10/12
|
42
|
Jawatan disandang
|
AJK bola sepak
|
5
|
Penglibatan
|
Menyertai Kejohanan Bolasepak peringkat negeri
|
14
|
Pencapaian
|
Naib johan pertandingan bola sepak antara kelas
|
7
|
JUMLAH
|
68
|
Gred Penilaian Aktiviti Kokurikulum
GRED
|
MARKAH
|
A
|
Antara 80 hingga 100
|
B
|
Antara 60 hingga 79
|
C
|
Antara 40 hingga 59
|
D
|
Antara 20 hingga 39
|
E
|
19 ke bawah
|
Mengambil contoh pelajar X, gred yang
diperolehi bagi setiap aktiviti kokurikulum adalah seperti yang berikut:
GRED
|
MARKAH
|
GRED
|
Badan berunitform
|
79
|
B
|
Persatuan/ kelab
|
68
|
B
|
Kelab sukan dan permainan
|
68
|
B
|