Ahad, 29 April 2012

Markah Pencapaian


MARKAH PENCAPAIAN

Markah pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian pelajar dalam pertandingan di peringkat sekolah, zon/ daerah/ bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan johan,naib johan dan tempat ketiga. Dalam aspek pencapaian, markah bagi pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut:

PERINGKAT PENCAPAIAN
MARKAH
Johan
Naib Johan
Ketiga
Sekolah 
8
7
6
Zon/ Daerah/ Bahagian
11
10
9
Negeri
14
13
12
Kebangsaan
17
16
15
Antarabangsa
20
19
18

Setiap pemberian markah dalam aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seseorang murid. Umpamanya jika seseorang murid pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat antarbangsa (20 markah).