MARKAH BONUS
Markah Bonus diperuntukan kepada murid-murid yang
menjawat jawatan-jawatan kepimpinan dan jawatan-jawatan yang berfungsi memberi perkhidmatan
dan bantuan pengurusan serta pentadbiran sekolah. Jawatan-jawatan yang
dimaksudkan merangkumi yang berikut:
a)
Perjawatan lantikan
sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan, imam, quarte master,
pembimbing rakan sebaya dan sebagainya.
b)
Perjawatan
melalui pemilihan/ undian oleh sekumpulan murid dengan persetujuan guru
penasihat seperti Ketua Rumah Sukan, Ketua Bilik Asrama dan sebagainya.
c)
Perjawatan melalui
pemilihan atau lantikan di peringkat kelas, misalnya Ketua Darjah, Ketua Bilik
Asrama dan sebagainya.
Bagi setiap jawatan yang dinyatakan, markah bonus
diberikan sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan dan bakti murid-murid
yang berkenaan kepada sekolah, guru-guru dan rakan-rakan yang lain. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti
berikut :-
JAWATAN
|
MARKAH BONUS
|
Ketua Pelajar/ Ketua Pelajar II, Ketua Pengawas
|
10
|
Timbalan/ Penolong Ketua Pelajar
|
8
|
Pengawas/ Imam/ Ketua Pengawas Perpustakaan/ Quarter Master/ Pembimbing Rakan Sebaya/ Ketua Rumah Sukan
dan sebagainya
|
7
|
Pengawas Perpustakaan / Pustakawan dan sebagainya
|
6
|
Ketua dan Penolong Ketua AJK Asrama/ Jawatankuasa Keceriaan Sekolah
dan sebagainya.
|
5
|
Setiausaha/ Penolong Setiausaha/ Bendahari/ Jawatankuasa Asrama/
Jawatankuasa Keceriaan Sekolah dan sebagainya.
|
3
|
Ahli Jawatankuasa Asrama/ Jawatankuasa Keceriaan Sekolah dan
sebagainya/ Ketua Bilik Asrama/ Ketua Darjah/ Ketua Kelas dan sebagainya.
|
2
|
Penolong Ketua Bilik Asrama/ Penolong Ketua Darjah/ Penolong Ketua
Kelas.
|
1
|