Khamis, 19 April 2012

Markah Kehadiran

MARKAH KEHADIRAN

Markah aspek kehadiran ialah markah tertinggi (50%). Ini bertujuan menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah mingguan persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan peruntukan masa dua jam (mengikut kursus). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.

Kehadiran minimum bagi aktiviti badan beruniform ialah 18 kali perjumpaan setahun, persatuan/kelab serta kelab sukan dan permainan 12 kali perjumpaan setahun.
Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut :

Jika jumlah kehadiran pelajar              = a
Jumlah perjumpaan setahun                = b
Ketidakhadiran diluluskan                    = c (cuti sakit,wakil sekolah dll) 
Markah kehadiran                                 = (a/b-c)x50