- Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang tersusun dari segi pengurusan serta tanggungjawab kepada diri, sekolah, masyarakat dan negara.
- Untuk meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara
- Meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani, minat dan bakat pelajar ke arah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah Pendidikan Negara, Pengisian Wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan Negara.
- Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan seterusnya mencapai matlamat.
- Meningkatkan penglibatan dan kerjasama dan sumbangan dua hala antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan kakitangan, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.
Khamis, 26 April 2012
OBJEKTIF
Sejajar dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara, Perancangan Strategik Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad Rasdi adalah bertujuan :