Khamis, 26 April 2012

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad Rasdi merupakan sebuah Sekolah Harian Biasa yang bertanggungjawab hanya bukan semata-mata untuk mencapai kecemerlangan akademik anak-anak didiknya, tetapi juga memupuk dan menerapkan sahsiah mereka yang cemerlang.

Adalah menjadi matlamat sekolah untuk melahirkan insan yang seimbang dengan melatih mereka menggunakan masa lapang yang optima serta memberi kegembiraan dan kesejahteraan. Hasrat ini dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang menjadi wadah untuk meningkatkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar, membina sahsiah bersepadu dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif.

Penolong Kanan Kurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui pemantapan pengurusan Kokurikulum. Bidang tanggungjawab merangkumi pengurusan aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab serta unit badan beruniform dan koperasi sekolah.