Memaparkan catatan dengan label MAKLUMAT AM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKLUMAT AM. Papar semua catatan

Jumaat, 27 April 2012

CARTA ORGANISASI

PENGERUSI

HAMZAH BIN YUSOF
Pengetua
NAIB PENGERUSI

ROHAYA BT MOHD HANIFA
Penolong Kanan Kokurikulum
SETIAUSAHA 

SYIRLEEN ADLYNA BT OTHMAN
 
PENOLONG SETIAUSAHA

RUGAYAH BT MD NOOR
AJK

M MURUGAN A/L MARIMUTHU
Setiausaha Sukan
 AJK

MARZLINA BT MAHMOOD
Penyelaras
Persatuan & Kelab
 AJK 

ZAKARYA B YAHYA
Penyelaras
Sukan & Permainan
 AJK 

HANIM AIZURA BT ABD HALIM
Penyelaras
Unit Beruniform
 AJK 

MOHD NAJIB HJ MAT SAID
Penyelaras
Lawatan Pelajar

FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM

UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR YANG SEDAR BAHAWA PENCAPAIAN KECEMERLANGAN SERTA PEMBUDAYAAN KEGIGIHAN, KETAHANAN MENTAL SERATA FIZIKAL, KEMULIAAN ROHANI DAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ADALAH BERTERUSAN DEMI MELAHIRKAN AHLI-AHLI MASYARAKAT YANG UNGGUL YANG BAKAL MENANGANI MASA DEPAN BANGSA DAN NEGARA.

Visi & Misi

VISI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' WAN AHMAD RASDI MENJADI SEKOLAH BERKESAN MENJELANG 2014.


MISI

MEMASTIKAN PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN CEMERLANG MURID DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM.

Khamis, 26 April 2012

OBJEKTIF

Sejajar dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara, Perancangan Strategik Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad Rasdi adalah bertujuan :


  1. Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang tersusun dari segi pengurusan serta tanggungjawab kepada diri, sekolah, masyarakat dan negara.
  2. Untuk meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara
  3. Meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani, minat dan bakat pelajar ke arah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah Pendidikan Negara, Pengisian Wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan Negara.
  4. Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan seterusnya mencapai matlamat.
  5. Meningkatkan penglibatan dan kerjasama dan sumbangan dua hala antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan kakitangan, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad Rasdi merupakan sebuah Sekolah Harian Biasa yang bertanggungjawab hanya bukan semata-mata untuk mencapai kecemerlangan akademik anak-anak didiknya, tetapi juga memupuk dan menerapkan sahsiah mereka yang cemerlang.

Adalah menjadi matlamat sekolah untuk melahirkan insan yang seimbang dengan melatih mereka menggunakan masa lapang yang optima serta memberi kegembiraan dan kesejahteraan. Hasrat ini dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang menjadi wadah untuk meningkatkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar, membina sahsiah bersepadu dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif.

Penolong Kanan Kurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui pemantapan pengurusan Kokurikulum. Bidang tanggungjawab merangkumi pengurusan aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab serta unit badan beruniform dan koperasi sekolah.